UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN SMK.BERSIA FELDA, GERIK

Dari Meja Pengetua

Home
JADUAL PEPERIKSAAN
SPM 2007-2011
MUKADEPAN
Latar Belakang Sekolah
Dari Meja Pengetua
VISI SEKOLAH
IKLAN
SENARAI NAMA GURU 2013
CALON SPM 2012
AKADEMIK
CINTAI BAHASA MELAYU
ANALISIS PEPERIKSAAN
SPM 5 TAHUN
Kunjungi
Hubungi kami

  Kata-kata aluan Pengetua

         KATA-KATA PENDAHULUAN OLEH PENGETUA 

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala di atas rahmat dan nikmatNya kepada saya, semua warga SMK. Bersia (FELDA).  Saya mengajak diri saya, guru-guru, pelajar semua untuk terus memajukan diri, bertanggungjawab, komited di dalam menyokong dan merealisasikan hala tuju dan wawasan pendidikan SMK. Bersia (FELDA) ini.

             Saya telah diberi amanah untuk memimpin SMK. Bersia (FELDA) yang berpotensi ini untuk setanding dengan sekolah-sekolah lain yang telah berjaya sejak tahun 1980  lagi saya telah berpegang kepada kata-kata  berikut:- 

Excellence is not a matter of chance,

It is a matter of choice,

It is not a thing to be waited for,

It is a thing to be achieved

 “ Kecemerlangan adalah pilihan, bukannya satu kebetulan.  Ia bukan sesuatu yang ditunggukan tetapi perlu diusahakan untuk dicapai.”  Oleh itu saya dengan sokongan para guru dan pelajar sama-sama berusaha menjayakan agenda kecemerlangan sekolah ini.  Dengan pasukan yang kental, berfokus, dedikasi dan komited, kami sebulat suara telah bersetuju untuk :-

·        Meneruskan projek dan perancangan 2011 hingga kini iaitu rancangan  yang telah digubal sejak  sekolah ini wujud.

·        Mengemas dan memantapkan lagi teamwork kami ke arah pencapaian tahap yang unggul berdasarkan konsep suarah : Satu suara satu arah

·        Menajamkan lagi fokus tanggungjawab kami dengan berpandukan fokus KPPM sendiri.

·        Memastikan peningkatan kecemerlangan dikekalkan, dipertahankan serta ditingkatkan (Maintain, Sustain Dan Improve)

·        Mengemaskan kesepaduan, focus dan tindakan yang menunjukkan bahawa dalam kepelbagaian tugas guru, unity tetap terserlah (Unity in Unity) 

·        Memantapkan pengurusan kumpulan masing-masing untuk melahirkan budaya kerja cemerlang di mana aspek-aspek penting pengurusan dititikberatkan iaitu.

-         Penentuan matlamat

-         Perancangan

-         Penyelenggaraan

-         Pengawalan

-         Penilaian

-         Penambahbaikan

Akhir kata, saya mewakili guru-guru di sekolah ini berjanji akan terus memikul tanggungjawab profesyen ini dengan penuh kejujuran dan telus demi anak didik kami. 

Selamat maju jaya dan sama-samalah kita berd0a agar usaha keluarga SMK. Bersia (FELDA) ini terus berjaya dan menghasilkan matlamat yang divisikan.  InsyaAllah. 

            ……………………………….

(ABDUL RAZAK BIN MAT WAHIE)

Pengetua,

SMK Bersia (F)

33320 Gerik.

 

 

Enter supporting content here