SEJARAH RINGKAS SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
SMK
Bersia (FELDA) mula beroperasi pada 7 Januari 1980. Pembinaan sekolah ini bermula
pada tahun 1979. Sebelum ini anak-anak peneroka Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan Bersia terpaksa berulang alik sejauh
40 km sehari untuk menimba ilmu di SMK Sultan Idris Shah II, Gerik.
Pada peringkat awal sekolah ini cuma mempunyai dua blok bangunan utama, sebuah bangunan bengkel
seni perusahaan, sebuah kantin dan tiga unit rumah guru. Bangunan-bangunan ini cukup untuk menampung 10 buah bilik darjah,
2 buah bulik sains rumahtangga, 2 buah makmal, pejabat am, bilik guru dan bengkel seni peruhaan. Malangnya tidak ada bekalan
elektrik ketika itu. Sekolah mendapat bekalan elektrik melalui sebuah generator yang dibekalkan oleh kementerian. Pada pertengahan
tahun dibekalkan oleh kementerian. Pada pertengahan tahun 1985 barulah sekolah dan kawasan sekitar mendapat bekalan tenaga
elektrik daripada LLN.
Pembangunan fizikal sekolah
terus berjalan selaras dengan pertambahan bilangan murid. Pada tahun 1984 sebuah
bangunan baru di bawah projek kilat Kementerian Pendidikan didirikan. Bangunan
ini mempunyai 6 bilik darjah. Pada tahun 1988 empat unit rumah guru di bawah
projek gotong royong didirikan. Pada tahun 1989 sebuah bangunan baru 6 bilik darjah didirikan. Pada tahun 1990 sebuah gelanggang
serbaguna telah dibina di sekolah ini.
Sekolah ini bermula dengan
pelajarnya seramai 151 orang. Pada tahun 1980 terdapat 4 kelas tingkatan 1 dan
satu kelas peralihan. Manakala Encik Tajuddin bin Abd Aziz sebagai guru besar.
Bilangan pelajar dan bilangan kelas terus bertambah. Pelajar-pelajar sekolah
ini datangnya dari kawasan sekitar. Sekolah-sekolah asal mereka ialah SK. RKT
Bersia, SK Bongor, SK Basia Lama dan SRJK(C) Kuala Rui tidak lagi menghantar pelajarnya ke sekolah ini.
SEJARAH
KEPIMPINAN
|
Tempoh Perkhidmatan |
Nama Pengetua |
1. |
Jan 1980 - Mac 1980 |
Encik Tajuddin bin Abdul Aziz |
2. |
Apr 1980 - Jan 1984 |
Encik Shafie bin Mohd Ariffin |
3. |
Feb 1984 - Mac 1986 |
Encik Harun bin Mat Yatim |
4. |
Apr 1986 - Jan 1988 |
Encik Salleh bin Razali |
5. |
Feb 1988 - Dis 1988 |
Tuan Haji Harun bin Yahaya |
6. |
Jan 1989 - Dis 1990 |
Encik Hamdi bin Husin |
7. |
Jan 1991 - Dis 1993 |
Encik Kamal bin Ismail |
8. |
Jan 1994 - Dis 1999 |
Tuan Haji Abdul Satar bin Haji Abdullah
|
9. |
Jan 2000 - ............... |
Puan Hajah Che Su Binti Haji Mahamud |