UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN SMK.BERSIA FELDA, GERIK

Latar Belakang Sekolah

Home
JADUAL PEPERIKSAAN
SPM 2007-2011
MUKADEPAN
Latar Belakang Sekolah
Dari Meja Pengetua
VISI SEKOLAH
IKLAN
SENARAI NAMA GURU 2013
CALON SPM 2012
AKADEMIK
CINTAI BAHASA MELAYU
ANALISIS PEPERIKSAAN
SPM 5 TAHUN
Kunjungi
Hubungi kami

 Halaman ini menyediakan latar belakang sekolah kami dan falsafah umum pendidikan.
 

 Terdapat beberapa tajuk yang patut menjadi perbincangan di halaman ini. Kami menyediakan sejarah sekolah dan membincangkan bagaimana membangunkan keupayaannya dalam daerah, negeri dan kebangsaan.

 Staff Kami

 Sekolah ini mempunyai kumpulan guru yang berpengalaman dan kakitangan pentadbiran yang cekap. Setiap guru bekerja keras untuk mewujudkan suasana kelas yang berdaya saing demi kecemerlangan pelajar. 

 Pengetua SMK.BERSIA FELDA, GERIK.
 Tempoh 2000 hingga 2011

dcp_0015.jpg

PENGETUA TERKINI
ENCIK ABDUL RAZAK BIN MAT WAHIE (AWAL 2011)
 
PENGETUA SEBELUM
TN HJ HUSNI BIN TUSIN
 
MENGGANTIKAN
ALLAHYARHAMAH PN LATIFAH BINTI AHMAD
 
MENGGANTIKAN
TN.HJ.HAMZAH

Pengetua sekolah ini Puan Hajjah Che Su Bt. Mahmud
 

 SEJARAH RINGKAS SEKOLAH

 SEJARAH SEKOLAH

 SMK Bersia (FELDA) mula beroperasi pada 7 Januari 1980.  Pembinaan sekolah ini bermula pada tahun 1979. Sebelum ini anak-anak peneroka Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan Bersia terpaksa berulang alik sejauh 40 km sehari untuk menimba ilmu di SMK Sultan Idris Shah II, Gerik.

 

Pada peringkat awal sekolah ini cuma mempunyai dua blok bangunan utama, sebuah bangunan bengkel seni perusahaan, sebuah kantin dan tiga unit rumah guru. Bangunan-bangunan ini cukup untuk menampung 10 buah bilik darjah, 2 buah bulik sains rumahtangga, 2 buah makmal, pejabat am, bilik guru dan bengkel seni peruhaan. Malangnya tidak ada bekalan elektrik ketika itu. Sekolah mendapat bekalan elektrik melalui sebuah generator yang dibekalkan oleh kementerian. Pada pertengahan tahun dibekalkan oleh kementerian. Pada pertengahan tahun 1985 barulah sekolah dan kawasan sekitar mendapat bekalan tenaga elektrik daripada LLN.

 

          Pembangunan fizikal sekolah terus berjalan selaras dengan pertambahan bilangan murid.  Pada tahun 1984 sebuah bangunan baru di bawah projek kilat Kementerian Pendidikan didirikan.  Bangunan ini mempunyai 6 bilik darjah.  Pada tahun 1988 empat unit rumah guru di bawah projek gotong royong didirikan. Pada tahun 1989 sebuah bangunan baru 6 bilik darjah didirikan. Pada tahun 1990 sebuah gelanggang serbaguna telah dibina di sekolah ini.

 

          Sekolah ini bermula dengan pelajarnya seramai 151 orang.  Pada tahun 1980 terdapat 4 kelas tingkatan 1 dan satu kelas peralihan.  Manakala Encik Tajuddin bin Abd Aziz sebagai guru besar. Bilangan pelajar dan bilangan kelas terus bertambah.  Pelajar-pelajar sekolah ini datangnya dari kawasan sekitar.  Sekolah-sekolah asal mereka ialah SK. RKT Bersia, SK Bongor, SK Basia Lama dan SRJK(C) Kuala Rui tidak lagi menghantar pelajarnya ke sekolah ini.

 

SEJARAH KEPIMPINAN

 

 

 

Tempoh Perkhidmatan

Nama Pengetua

1.

Jan 1980 - Mac 1980

Encik Tajuddin bin Abdul Aziz

2.

Apr 1980 - Jan 1984

Encik Shafie bin Mohd Ariffin

3.

Feb 1984 - Mac 1986

Encik Harun bin Mat Yatim

4.

Apr 1986 - Jan 1988

Encik Salleh bin Razali

5.

Feb 1988 - Dis 1988

Tuan Haji Harun bin Yahaya

6.

Jan 1989 - Dis 1990

Encik Hamdi bin Husin

7.

Jan 1991 - Dis 1993

Encik Kamal bin Ismail

8.

Jan 1994 - Dis 1999

Tuan Haji Abdul Satar bin Haji Abdullah

9.

Jan 2000 - ...............

Puan Hajah Che Su Binti Haji Mahamud

 

 

Sekolah kami di alamat
SMK.Bersia (F) 33320 Gerik, Perak.
TELEFON: 057911526